CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 16 Mei 2010

Tidak akan berundur dari hantar bekalan bantuan ke Gaza

ANKARA - Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia dan kebebasan Turki(The Foundation For Human Rights And Freedoms And Humanitarian Relief) , Bulent Yildirim mempastikan bahawa pihaknya tidak berundur dari usaha untuk menghantar bekalan bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza meskipun wujud ancaman Israel.

Gambar: Protes penangkapan Izzet

Jelas presiden tersebut, konvoi akan bergerak melalui jalan laut menuju ke perairan laut Palestin beberapa hari akan datang.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Israel telah menangkap seorang anggotanya, Izzet Sahin di Tebing Barat yang bertujuan untuk memberikan tekanan agar bekalan bantuan tidak dapat disampaikan ke penduduk Palestin.


Sementara itu di Gaza, Kementerian Dalam Negeri Kerajaan Palestin Gaza telah mengumumkan bahawa peledak letupan telah berjaya dirungkai. Dinyatakan, peledak letupan ditemui berdekatan bangunan kedutaan Mesir terletak dipertengahan bandar Gaza yang telah ditutup semenjak HAMAS menguasai Semenanjung Gaza pada 2007.

Dalam kenyataan akhbar, pihak kementerian berkata, pihak keselamatan Palestin Gaza telah berjaya mengesan peledak letupan serta merungkaikan peletup itu. Bagaimanapun tidak dijelaskan secara terperinci. Sumber 13/05/2010, suratkhabar Al-Ahram(Mesir) dan web rasmi IHH

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget