CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 23 Mei 2010

Seorang penduduk Palestin parah akibat tembakan di utara Gaza, penjajah meronda di kawasan perumahan Palestin

BET HANOUN - Seorang pemuda Paletin parah akibat ditembak tentera penjajah pagi tadi. Kejadian tersebut berlaku di sempadan Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Pengerusi Bantuan Cemas, Dr.Muawiyah Husnain berkata kepada agensi berita, bahawa penduduk itu, Muhammad Sa'dullah mengalami luka parah di bahagian anggota bawah yang disifatkan pertengahan antara kritikal.

Dr.Husnain menyatakan, pasukan bantuan cemas berupaya bertindak segera dengan membawa mangsa ke hospital untuk rawatan.

Dinyatakan, punca kejadian itu apabila sepasukan tentera penjajah yang berpengkalan dalam kawasan menara kawalan tentera di sempadan Israel-utara Gaza telah melepaskan tembakan ke arah mangsa dan penduduk Palestin yang lain. Ketika itu, mereka sedang mengumpulkan barang-barang terpakai dan kepingan besi sebagai sumber rezeki biarpun kehidupan mereka dicengkam sekatan Israel dan kedudukan ekonomi yang terjejas teruk.

Ronda dan tinjauan

Sementara itu, Sepasukan tentera penjajah merempuh masuk ke sebuah bandar di selatan Tebing Barat. Sebagaimana dinyatakan, sebaik rempuhan ke situ, tentera-tentera penjajah terus menjalankan operasi 'rondaan dan tinjauan' di sebahagian besar kawasan perumahan Palestin.

Menurut saksi, "tentera-tentera penjajah yang merempuh masuk ke bandar itu turut disokong dengan jip tentera dan jentera perang yang lain pada jam 10 malam. Operasi itu berterusan sehingga hampir jam 7 pagi tadi".

Saksi menjelaskan lagi, operasi 'rondaan dan tinjauan' merangkumi hampir semua tempat di perumahan dan jalan-jalan di bandar kecil menimbulkan tanda-tanya malah ketakutan di kalangan penduduk Palestin.

Di kampung Koum, barat Wilayah itu, Sepasukan tentera Israel merempuh masuk dan meronda di jalan-jalan kampung itu tepat jam 2 pagi. Setelah itu, tentera-tentera Israel menjalankan di operasi 'rondaan dan tinjauan' sebelum beredar awal pagi tadi.

Dalam operasi tersebut, tiada laporan mengenai sebarang penangkapan ke atas penduduk Palestin. Sumber 23/05/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget