CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 24 Mei 2010

Perisik Mesir telah diberkas - Fathi Hamad

Menteri Dalam Negeri Palestin di Gaza, Fathi Hamad(gambar) mendedahkan Pihak Keamanan kementerian di Gaza telah memberkas seorang pegawai tentera Mesir berjawat tinggi yang menyelinap masuk ke Gaza bertujuan membuat risikan.

Jelas beliau ketika diwawancara sebuah akhbar Palestin yang rapat dengan gerakan HAMAS bahawa pegawai tentera Mesir yang ditangkap itu telah dikembalikan semula ke Mesir. Bagaimanapun Hamad tidak mendedahkan tarikh penangkapan dan waktu dikembalikan semula pegawai terbabit ke Mesir.

Hamad berkata, pegawai tersebut menyelinap masuk ke Gaza bagi mengumpulkan maklumat mengenai situasi penduduk Gaza dan Kerajaan Palestin Gaza serta beberapa lagi misi penting.

Beliau menyeru kepada Kaherah supaya membentuk jawatankuasa keselamatan bagi mengadakan kerjasama dan penyelarasan antara dua pihak dan tidak perlu melalui pegawai yang melanggar tembok keselamatan Palestin.

"Mesir sepatutnya kena membuat kajian untuk menentang penjajah dan siasat bagaimana penjajah boleh terlepas masuk ke tanah Palestin dan Mesir malah mesti memihak kepada Palestin, bukannya perlu hantar pegawai mencari maklumat kemudian menyiksa para tawanan Palestin dalam penjara untuk dapat maklumat", persoal Hamad.

Hamad turut mengecam Pihak Berkuasa Mesir yang berterusan menahan sebilangan penduduk Palestin dalam penjaranya malah turut menyiksa mereka dengan penuh azab walhal mereka yang ditangkap tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau terlibat menentang Mesir.

Beliau mendesak agar Mesir membebaskan semua tawanan Palestin tanpa mengenakan sebarang syarat dan menutup kes ini. Beliau turut mengungkapkan bahawa tindak-tanduk Mesir yang menentang penduduk Palestin terkeluar dari ruang lingkup ajaran Islam dan hak berjiran. Sumber 24/05/2010, web berita Al-Jazeerah dan web berita shehab.ps

Berita lain:

> Wazir Omar Sulaiman, Ketua Badan Perisikan Mesir mengadakan kunjungan ke Israel hari ini. Dalam kunjungan itu, beliau dijadualkan bertemu dengan beberapa menteri Israel.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget