CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 21 Mei 2010

Abu Thair dihalau dari Al-Quds, Palestin tangkap 20 anggota HAMAS

Penjajah telah mengeluarkan perintah kepada seorang anggota Majlis Legislatif Palestin, Muhammad Abu Thair agar meninggalkan Al-Quds dalam masa sebulan. Beliau juga dilarang mengadakan sebarang sambutan sempena pembebasan dari penjara Israel malah status penduduk Al-Quds turut dilucutkan.

Semalam, setelah beberapa jam dibebaskan dari sebuah penjara Israel di Wilayah Naqab, beliau telah dipanggil Badan Perisikan Israel.

Baca lagi:



Ketika ditemui pemberita(Al-Jazeerah), beliau menyatakan tindakan penjajah yang menghalaunya dari Al-Quds ada kaitan dengan usaha pengyahudian yang sedang dijalankan Israel di bandar suci itu.

Penjajah tidak mengemukakan apa-apa sebab yang wajar bagi mengusir Muhammad Abu Thair dan menggugurkan statusnya dari penduduk Al-Quds. Bagaimanapun ia adalah 'satu tindakan yang zalim, kuku-besi dan merasa seronok dengan kesengsaran manusia lain', menurut Abu Thair.

Abu Thair berkata, beliau akan menggunakan kuasa peguam bagi mempertahankan haknya dan tidak sesekali akan meninggalkan rumahnya sehinggalah perkara sedemikian telah pasti adalah ketentuan Allah.

Selain beliau, beberapa lagi ahli parlimen dari gerakan HAMAS yang berada di parlimen timur Al-Quds, iaitu Muhammad Thutah, Ahmad Athuan, dan bekas Menteri Hal-Ehwal Al-Quds, Khalid Abu Arfah.

Sementara itu, sumber lain melaporkan dari gerakan HAMAS menyatakan yang Pihak Keamanan Palestin telah menangkap 20 anggotanya di Tebing Barat.

Dalam keterangan akhbar, HAMAS berkata, '20 anggotanya telah ditangkap di Tebing Barat. Mereka yang ditangkap itu berasal dari Wilayah Bet Lehem, Jenin, Qalqiliah dan Tulkram. Sumber 21/05/2010, web berita Al-Jazeerah dan web berita maannews.net

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget