CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 21 Mei 2010

Pejuang Palestin bertempur dengan tentera penjajah

Terkini(2.45 petang/Mesir. 7.45 malam/Malaysia): Sumber dari web berita maannews.net melaporkan pertempuran sengit telah meletus antara pejuang Palestin dengan tentera penjajah di timur Khan Yunus, Semenanjung Gaza. Sumber 21/05/2010, web berita maannews.net


[Berita Penuh] Israel umum dua pejuang syahid dalam pertempuran

GAZA - Satu pertempuran bersenjata meletus pada waktu tengahari tadi antara pejuang Palestin dengan tentera penjajah(Israel) di kawasan Kissufim, timur bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.
















Polis Gaza menjelaskan kepada agensi berita(melalui telefon), berkata 'pertempuran sengit telah meletus di kawasan terbabit dan ada berita yang mengatakan dua orang telah syahid di kawasan tempat berlakunya pertempuran'.

Gambar(arkib AFP): Pejuang Palestin sedang menjalankan latihan perang di Khan Yunus.

Bagaimanapun sumber dari Israel mengumumkan terlebih dahulu berkaitan 2 pejuang Palestin yang syahid berhampiran garisan sempadan Gaza-Israel.

Sumber dari Israel melaporkan, pertempuran itu berlaku selepas waktu jumaat di kawasan garisan sempadan yang berdekatan dengan bandar Khan Yunus, iaitu hampir dengan bandar kecil Nerem. Sumber itu menyatakan, pertempuran itu meletus antara sekumpulan pejuang Palestin dengan tentera Israel mengakibatkan 2 pejuang syahid.

Dari sumber Israel menceritakan, punca meletus pertempuran ketika 2 pemuda Palestin(pejuang) yang cuba menghampiri garisan sempadan. Serta-merta tentera Israel melepaskan tembakan ke arah dua pemuda itu lalu berbalas tembakan. Sumber Israel juga menyatakan tidak ada sebarang luka parah di pihak tentera Israel.

Sementara itu, sumber dari Gaza pula melaporkan pertempuran itu memang berlaku di kawasan terbabit. Bagaimanapun, dari sumber perubatan tidak lagi menerima jenazah Palestin kerana pasukan bantuan cemas tidak dapat menghampiri kawasan yang berlaku pertempuran itu malah memerlukan penyelarasan dengan pihak Israel untuk menuntut jenazah. Sumber 21/05/2010, web berita maannews.net dan berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget