CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 30 Mei 2010

Pindah 289 tahanan Palestin ke empat bahagian kurungan

Gambar(flickr.com): Ahli keluarga tahanan Palestin mengadakan tunjuk perasaan di utara Gaza berhampiran sempadan Erez. Mereka meminta bebaskan ahli keluarga dari penjara Israel,10/05/2010.

GAZA - Tahanan Palestin dari penjara Israel menyatakan Jabatan Penjara Nafhah di Israel telah memindahkan 289 tahanan Palestin susulan dari ketetapan undang-undang "Shalit".

Seorang tahanan Palestin, Taufiq Abu Nuaim yang merupakan seorang pemimpin gerakan tahanan berkata, pejabat pengurusan penjara-penjara telah membahagikan empat bahagian kurungan kepada 289 tahanan di penjara Nafhah dan Askalan.

Beliau memaklumkan hal sedemikian dalam satu laporan kepadapusat kajian tahanan yang disampaikan kepada agensi berita.

Tambah Abu Nuaim lagi, para tahanan di penjara-penjara Israel berpegang teguh dengan langkah juang untuk menghadapi undang-undang ketika dibacakan kali terakhir dalam parlimen Knesset.

Sebagaimana dinyatakan, Parlimen Knesset(Israel) telah menetapkan undang-undang yang diberi nama "Shalit" dinisbahkan Gilad Shalit, seorang tentera Israel yang ditawan di Semenanjung Gaza.

Undang-undang tersebut bertujuan untuk mengetatkan lagi tahap penindasan serta menambahkan lagi jerutan sedikit demi sedikit ke atas tahanan Palestin.

Demikian itu, sebagai tekanan kepada kumpulan-kumpulan Palestin yang menawan tentera Israel. Malah juga untuk menundukkan kumpulan-kumpulan berkenaan bagi mengikut dokumen penukaran tahanan-tawanan sebagaimana yang dikehendaki penjajah.

Tahanan wanita Palestin

Gambar: Wanita Palestin dalam penjara Israel, dipetik dari web berita safa.ps.

Dari sebuah penjara yang lain, Al-Damun(utara Israel, tanah Palestin yang dirampas) turut dilakukan tindakan yang sama. Para tahanan wanita Palestin mengadu kan bahawa mereka diabaikan dari perubatan dengan sengaja.

Tahanan wanita Palestin berkata, kehidupan dan keadaan mereka bertambah buruk dalam bahagian-bahagian bilik kurungan yang basah dan lembab, malahan tidak ada pancaran cahaya dan udara. Tambahan pula, bahagian-bahagian kurungan yang mereka dipindahkan tidak dilengkapi tandas, jika mahu guna tandas kena ke bahagian yang lain.

Di samping itu, beberapa tahanan wanita Palestin ada yang mengidap penyakit.

Seorang tahanan, Ubair Amru berasal dari Khalil(Hebron) yang dihukum penjara selama 16 tahun mengalami susut berat badan secara berterusan berikutan kekurangan vitamin 'B12'. Berat asal 86 kilogram, namun sekarang berat badannya hanya 47 kilogram.

Begitu juga dengan Iman Ghazawi yang dihukum penjara 13 tahun mengidap penyakit rheumatism dan radang sendi.

Tahanan yang lain, Aisyah Abyat dari Bet Lehem menghadapi masalah rahang dan memerlukan rawatan dan pembedahan dengan segera.

Latifah Abu Zara' mengidap masalah rahim dan Dua' Jayusha menerima tiga hukuman dan penjara seumur hidup telah mengidap masalah gigi dan tulang belakang.

Dalam laporan itu mengadukan beberapa lagi tahanan wanita Palestin yang mengidap berbagai-bagai penyakit dan memerlukan rawatan dengan segera. Sumber 29-30/05/2010, web berita safa.ps

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget