CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 18 Mei 2010

HIMPUNAN BESAR-BESARAN BANTAH JUDI BOLASEPAK !

KUALA LUMPUR,

18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala
Dunia bermula Jun ini.Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga
akan diserahkan pada himpunan tersebut.Ketua
Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan
bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara."Pada
himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar
mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah
diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian
Pemuda PAS Pusat petang ini. Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala
Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di
seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri
masing-masing.Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada
mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama."Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.

Sepanjang tempoh
menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan
mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung
tindakan kerajaan itu."Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget