CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 24 Mei 2010

Israel adakan latihan perang besar-besaran


Menurut sumber, latihan perang Israel telah bermula pada hari ini yang mengambil masa selama lima hari. Latihan perang yang diadakan itu ekoran daripada desas-desus serangan peluru(atau roket). Sebagaimana kenyataan dari Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
(gambar), latihan perang ini bukanlah untuk menyerang, namun latihan ini sebagai persediaan menghadapi sebarang hal kecemasan.

Sementara itu, sumber ketenteraan Israel menyatakan, misi latihan perang yang diberi nama "نقطة تحول أربعة" merangkumi pihak ketenteraan, polis, perkhidmatan cemas, bomba dan 150 buah agensi kerajaan.



Gambar: Ketika latihan

Memetik dari laporan wartawan Al-Jazeerah, Waleed Umari dari Menteir Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata, latihan seumpama ini adalah kali yang keempat semenjak Israel melancarkan perang ke atas Lubnan pada 2006. Jelas Barak, latihan bertujuan menguji pertahanan dalaman apabila diserang dengan peluru berpandu(termasuk roket) yang berkapasiti besar-besaran.

Tambah Umari, Netanyahu berkata latihan perang ini adalah sebagaimana seperti biasa dan berskala terhad. Bagaimanapun, kebanyakan dari wakil ketenteraan menjelaskan, latihan ini adalah untuk mempastikan kemampuan ketenteraan Israel dan masyarakat awam ketika meletus sebarang peperangan dalam masa beberapa jam paling hampir.

Menurut agensi berita Perancis(AFP), 'Israel mengadakan latihan perang melihat kepada serangan roket/peluru ke atas Israel secara besar-besaran, boleh dikatakan serangan itu datang dari pihak Syria, Lubnan, Semenanjung Gaza dan Iran'.


Gambar: Ketika latihan di bandar


Sinopsis latihan

AFP turut menjelaskan, sinopis latihan ini turut menguji keupayaan beratus-ratus buah ambulan, trak bomba dan jentera perang Israel bagi menghadapi situasi serangan dari peluru berpandu yang dilengkapi dengan peledak yang tidak seperti biasa ke atas bandar-bandar besar Israel.

Selain itu, seiring dengan serangan peluru juga dinyatakan jaringan komunikasi dan perhubungan turut sama diserang, maka latihan ini akan ditingkatkan pada hari rabu dengan siren yang mengeluarkan bunyi amaran di semua bandar Israel sebagai pemberitahuan kepada masyarakat awam agar segera ke tempat perlindungan. Sumber 23/05/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Berita lain:

> Sumber melaporkan, Iran akan mengadakan latihan perangnya pada esok hari di Wilayah Asfahan selama 3 hari. Latihan perang bagi angkatan tentera darat bertujuan persediaan dan meningkatkan keupayaan tentera bagi menghadapi sebarang serangan musuh.

Pada 23/04/2010, Angkatan tentera laut Iran telah mengadakan latihan perang di laut teluk yang bertujuan menguji kemampuan pertahanan laut. Dalam latihan itu, sebuah bot laju angkatan tentera laut Iran mampu memusnahkan sebuah kapal tentera yang besar.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JALINAN UKHUWAH


ShoutMix chat widget